Ahad, 30 Mei 2010

Model Baru Ekonomi , Menjahanamkan Melayu..


Seorang ahli panel 'sebak' apabila membincangkan mengenai cadangan kerajaan untuk mewujudkan Model Baru Ekonomi (MBE) kerana ia langsung tidak menyentuh agenda bumiputera seperti mana dasar-dasar ekonomi sebelum ini. Sambil melahirkan kekecewaannya bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Halipah Esa berkata, perlaksanaan MBE dalam bentuk itu hanya akan membuatkan golongan bumiputera di negara ini akan terus ketinggalan.

Justeru beliau menggesa kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuang agenda bumiputera di dalam pelaksanaan MBE memandangkan kedudukan golongan itu di dalam pelbagai sektor masih belum berjaya sepenuhnya. ''Tidak dinafikan sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kemudian diikuti Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) dilaksanakan kedudukan golongan bumiputera ada menunjukkan peningkatan. Bagaimanapun secara realitinya agenda bumiputera masih tidak kesampaian. Baik dari segi pemilikan ekuiti, jurang pendapatan dan penyertaan pekerjaan".

''Tidak ada bukti yang menunjukkan pelaksanaan DEB yang bermula pada tahun 1970 telah menyebabkan ekonomi negara kita tidak berkembang. ''Sebaliknya dasar tersebut berjaya menstabilkan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu mengapa ada pihak yang terlalu resah dengan pelaksanaan dasar ekonomi yang memberi tumpuan kepada agenda bumiputera sedangkan ia tidak pernah menjejaskan perkembangan ekonomi negara".

Halipah berkata, tidak salah kerajaan mahu melaksanakan MBE tetapi ia harus menyerlahkan agenda bumiputera dengan berasaskan Perlembagaan Persekutuan perkara 153. ''Asas kita adalah Perlembagaan perkara 153. MBE tidak boleh lari daripada peruntukan ini. Tambahan pula terbukti yang pelaksanaan dasar ekonomi yang memberi tumpuan kepada agenda bumiputera tidak pernah membantutkan perkembangan ekonomi Malaysia".

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi