Khamis, 27 Mei 2010

Judi, Mansuh Subsidi, GST dan Minyak Naik bukti Kerajaan Najib tiada duit


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah terdesak. Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat gagal menguruskan kewangan negara hingga menyebabkan kantung ekonomi negara kini jadi kelam kabut. Duit banyak dihabiskan untuk janji pilihanraya kecil.


Lesen Judi

Tahun lepas pendapatan cukai judi negara merosot kepada RM 1.199 bilion berbanding 2008 dimana Kerajaan mengutip RM 2.32 bilion. Najib sebagai Perdana Menteri mengunakan defisit ini sebagai salah satu faktor bagi memberikan kelulusan semula kepada Berjaya Group untuk menjual tikel judi bola sepak piala dunia tahun ini dengan harapan mereka boleh mendatangkan hasil cukai yang tinggi.

Pelbagai lapisan rakyat dan organisasi menentang keputusan ini tetapi Najib memekakkan telinganya. Ulama'-ulama' dan Menteri Agama Umno juga diam berkematu. PAS membantah dasar ini dan mengajak rakyat bangkit menentangnya.

Mansuh Subsidi?

Seterusnya, desakan memansuhkan subsidi oleh pihak FOMCA juga dijangka diambil kesempatan oleh Kerajaan. Kerajaan kini mempertimbangkan untuk memansuhkan subsidi gula, elektrik dan minyak. Ini pasti akan memberikan kesan yang besar kepada rakyat dan industri makanan dan pengangkutan dalam negara kelak.

Jika benar subsidi ini dimansuhkan, harga barangan ini akan melonjak naik dan dikawal sepenuhnya melalui pasaran penawaran dan permintaan secara terbuka. Ini juga akan mendedahkan industri ini kepada manipulasi harga oleh pihak pembekal sumber dimasa akan datang. Oleh itu satu kaedah perlu diperhalusi sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan. Penstrukturan semula subsidi satu pilihan tetapi Kerajaan tidak boleh kedekut sangat dengan rakyat dan meletakan beban kenaikan harga barang 100% ke bahu rakyat.

GST bebankan rakyat

Najib sebagai Perdana Menteri juga dilihat begitu tekad untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Hal ini tidak dibincang secara mendalam dalam parlimen dan belum ada sebarang kertas dibentangkan kepada ahli-ahli parlimen. GST hanya dibincang dalam kabinet dan kerajaan terdesak untuk mengaut keuntungan segera dari rakyat melalui cukai ini.

Jika GST diperkenalkan, kos hidup rakyat akan meningkat bagi semua lapisan dan mereka terdesak untuk menampung perbelanjaan rutin mereka. Kerajaan perlu jelaskan apakah GST ini dan senaraikan barang serta perkhidmatan yang bakal dikenakan GST. Kini rakyat risau kerana kadar pendapatan dalam negara masih lagi rendah, walaupun Kerajaan mahu mewujudkan dasar pendapatan tinggi buat rakyat namun dengan dasar GST ini, pendapatan tinggi itu tidak memberikan makna apa-apa.

Harga Minyak Naik?

Seterusnya, spekulasi mengenai kenaikan harga minyak sebanyak 15 sen lagi dilihat sebagai satu usaha Kerajaan untuk melihat reaksi rakyat pada masa ini. PAS yakin Kerajaan BN mahu melihat sentimen rakyat dalam isu ini. Mereka sengaja menyebarkan khabar ini seperti sebelum ini dan akhirnya menaikan secara mendadak. Mungkin bukan 15 sen, mungkin lebih lagi.

Apa yang pasti, tidak ada mana-mana rakyat yang setuju jika minyak dinaikkan pada masa sekarang sedangkan Kerajaan begitu mudah menghadiahkan Brunei dua telaga minyak bernilai RM 320 bilion. Jika Malaysia pertahankan blok L dan M ini, sekurang-kurangnya negara mampu memliki sebahagian hasil dan sumber minyak dari kedua-duanya.

Namun amat mengecewakan jika kesilapan kerajaan ini menyebabkan mereka menghukum rakyat dengan kenaikan 15 sen harga minyak. PAS berharap agar perkara ini tidak berlaku dan Kerajaan perlulah menyusun perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara secara berhemah.

Rakyat tidak lupa bagaimana Najib, Muhyidin dan menteri-menterinya berjoli dengan duit rakyat dengan pelbagai janji ditabur dalam semua siri pilihanraya kecil (PRK)sejak 2008 yang lalu. Hal ini menjadi punca kenapa kewangan negara jadi kelam kabut. Budget yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan yang dirancang telah dibawa lari untuk projek-projek khas dalam PRK.

PAS mengingatkan Najib bahawa judi itu haram. menghapuskan subsidi itu satu penganiayaan, perkenalkan GST itu satu kezaliman dan menaikan harga minyak itu satu pengkhianatan kepada rakyat.

PAS menyeru agar semua jentera penerangan diperingkat negeri-negeri dan seluruh Pakatan Rakyat turun ke lapangan rakyat berceramah dan mengedarkan risalah maklumat mengenai hal ini. Kita tidak mahu Najib menjadi Maharaja tanpa singahsana yang dengan sesukahatinya membuat keputusan atas nama Perdana Menteri dan Kabinetnya tanpa merujuk Parlimen. Apa guna kita berpilihanraya sekali dalam 5 tahun jika wakil rakyat yang dipilih dan institusi parlimen tidak dihormati Najib.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada lagi satu...

amanah saham 1Malaysia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi