Sabtu, 8 Mei 2010

Mesej Tajem kepada orang Iban: Tukar Kerajaan Negeri!

SERIAN: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Daniel Tajem memberi amaran kepada masyarakat Iban mereka akan kehilangan hak tanah adat jika mereka terus memilih calon gabungan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri akan datang.Ramai orang Iban di tempat lain di Sarawak telah kehilangan tanah mereka akan berterusan hilang jika BN terus memerintah Sarawak, kata Tajem yang kini Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.

Beliau berkata, “di Balai Ringin kita telah hilang tanah kita, apabila empat syarikat yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membina kilang minyak sawit.

“Sebanyak 741,000 hektar tanah adat telah digunakan", katanya sambil menambah pemilik tanah membantah tetapi tidak diendahkan," katanya.

Beliau dan pemilik tanah telah menulis surat kepada Umno supaya campur tangan dan menghentikan kerajaan negeri dari mengambil tanah rakyat.

Tajem berkata: “Hanya tanah aset kita. Dan jika kita hilang tanah, kita kehilangan semuanya. Kita akan menjadi orang yang tidak bertanah. Kita tidak tahu ke mana hendak pergi kecuali menjadi pelarian dan tidur di bawah jambatan.

“Orang tidak bertanah tidur di bawah jambatan pandangan biasa di negara lain. Dan apa akan terjadi kepada kita jika kita tidak menukar kerajaan negeri," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR bahagian Sri Aman, bulan lalu.

“Kita tidak mahu menukar Taib Mahmud, apa yang kita mesti tukar ialah kerajaan negeri. Jadi kita mesti bersatu dan bekerja kuat untuk menukar kerajaan dan hanya dengan itu kita boleh menyediakan program pembangunan baru," katanya.

Tajem berkata, Pakatan Rakyat mesti bercita-cita memenangi sekurang-kurangnya 36 kerusi dari 71 kerusi untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri.

“Meskipun menang kerajaan negeri sendirian, ia masih tidak mencukupi. Pakatan Rakyat juga mesti mengambilalih dan mengawal kerajaan persekutuan.

“Lihat bagaimana kerajaan persekutuan mengambil kerajaan negeri Perak dari Pakatan selepas parti memenangi pilihanraya.

“Sama seperti yang terjadi kepada kerajaan Stephen Kalong Ningkan pada akhir 1966, apabila beliau tidak setuju pegawai di Sarawak digantikan dengan pegawai dari Malaya.

“Apabila Ningkan enggan letak jawatan, kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat di Sarawak. Kemudan kerajaan persekutuan meminda perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada gabenor untuk menyingkirkan Ningkan dari jawatan ketua menteri," kata Tajem.

“Ertinya, ia sangat penting kerajaan persekutuan dikawal oleh Pakatan Rakyat," tambahnya.

– The Broken Shield


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi