Khamis, 6 Mei 2010

Wakil rakyat BN perlu mohon ampun


ALOR SET AR:Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Abdul Razak memberitahu beliau dan Ahli dewan undangan negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung soalan yang dibangkitkan dalam persidangan dewan itu 26 April lalu.

Azizan berkata maksud sebenar soalan Nasir adalah mengenai kuasa raja yang tidak dihormati dan bukannya mempertikaikan kuasa raja sebagai ketua agama.



"Yang timbul isu itu sebab wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tak faham," katanya kepada dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Wisma Darulaman, 28 April lalu.

Katanya, soalan terbabit tidak bercanggah dengan Seksyen 36.8 Enakmen Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Rakyat.

Seksyen itu menyatakan sifat dan kelakuan Raja tidak boleh dipertikai, termasuk titah baginda dan hak-hak keistimewaan, namun solan itu menjurus kepada isu berkaitan menghormati bidang kuasa Sultan.

"Bukan saya yang patut minta maaf tetapi wakil rakyat BN yang menghasut imam-imam supaya tidak menandatangani borang persaraan N4 itu.

"Isu ini timbul kerana wakil rakyat BN tidak faham undang-undang," katanya tegas.

Azizan berkata, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada kebawah Duli Tuanku Abdul Halim semasa beliau menghadap baginda pada majlis perasmian Merdeka Beach Resort di Pantai Merdeka pada 27, April lalu.

Berkaitan tuntutan Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) itu, beliau mempersoalkan kewajaran tindakan mereka yang dilihat dipengaruhi oleh parti politik tertentu.

Katanya PKDK sepatutnya datang menemui beliau untuk mendapatkan penjelasan sebenar dan bukannya dengan cara berdemonstrasi.

"Tak payah jelaskan kepada Tuanku sebab baginda dah faham dan semalam pun saya hubungi pula setiausaha sulit Tuanku dan depa (beliau) kata, abaikan saja (desakan tuntutan itu) ," katanya.

Sepatutnya wakil rakyat BN terbabit perlu memohon maaf kepada Tuanku Sultan, sebab mereka mempertikaikan persaraan imam atas arahan Majlis Agama Islam Kedah, kata Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah

"Mempertikaikan arahan MAIK bermakna mempertikaikan arahan Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Negeri," katanya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi