"Pilihanraya kecil Sibu baru saja selesai semalam yang menyaksikan calon PR menang dengan menewaskan calon BN. Ternyata keputusan PRK ini merupakan satu pukulan KO buat BN kerana selama lebih 50 tahun Sarawak merupakan kubu kuat BN. Ternyata pada PRK Sibu ini menunjukkan bahawa rakyat di Sibu berani membuat perubahan. Syabas & tahniah diucapkan.
Sekali lagi kaum cina menunjukkan kepada kita bahawa mereka sememangnya satu kaum yang bijak berpolitik. Tidak keterlaluan jika saya samakan seperti orang melayu di Kelantan. Mereka terima segala bantuan yang diberikan oleh BN sepanjang kempen tetapi undi mereka bukan pada BN. Ini merupakan satu pengajaran buat orang melayu.
Bayangkan di Sibu, selama lebih 50 tahun BN berkuasa, masih ada kawasan yang tidak mempunyai kemudahan asas. Ketika kempen berjalan, hampir kesemua menteri kabinet 'turun padang'. Mereka sendiri terkejut dengan keadaan itu. Justeru, rakyat Sibu khususnya kaum Cina sememangnya bijak dengan memberi pukulan KO kepada BN.
Natijah dari keputusan ini, saya yakin & percaya selepas ini kerajaan pasti akan cuba sedaya-upaya memenuhi segala permintaan daripada kaum cina untuk memenangi hati mereka kembali. Kesudahannya yang gigit jari tetap orang melayu kerana BN 101% yakin bahawa orang melayu dibuat macamana sekalipun, pasti undi BN. Lihat saja di Hulu Selangor baru-baru ini. Peneroka felda sungai buaya menunggu duit pampasan lebih kurang 16 tahun. Tiba-tiba bila ada saja PRK, boleh pula bayaran pampasan itu dibuat. Bukan ke pelik namanya. Tetapi apakan daya, majoriti orang melayu di sana masih belum sedar dengan mainan BN ini.
Sedarlah wahai orang melayu. Selagi mana kita terus beri undi kepada BN secara membabi-buta, selagi itulah kita akan terus diperbodohkan seperti peneroka felda sungai buaya contohnya. Kalaulah orang melayu cerdik sikit..macam orang cina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan