Ahad, 23 Mei 2010

P'raya Sibu: DAP, Undi Melayu Tambah, Iban Kurang

"Walaupun dalam pilihan raya kecil ini DAP menang 398 undi sahaja tetapi memandangkan BN menang 3,200 lebih dalam pilihan raya umum lalu, ia satu swing yang besar," kata seorang penganalisis politik dari UKM dalam program Analisis di Astro Awani malam tadi.

Yang menarik dalam pilihan raya ini, peningkatan besar sokongan pengundi Melayu kepada calon DAP kali ini. Ia memberikan satu indikasi baru bahawa Melayu tidak lari dari Pakatan bahkan sokongan mereka meningkat terhadap Pakatan hatta DAP sekalipun.

Di Kampung Hilir Nangka, Sibu, tempat majoriti Melayu Melanau, DAP berjaya menaikkan undinya sebanyak 34% berbanding undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum 2008 lalu. Calon BN juga berjaya menaikkan undinya tetapi sedikit sahaja iaitu 12%.

Dalam pilihan raya lalu, calon DAP hanya mendapat 256 undi tetapi kali ini calonnya, Wong Ho Leng menambahkan undinya kepada 344 undi. Walaupun jumlah undi yang diperolehi oleh BN lebih besar tetapi peningkatan ini amat ketara memandangkan serangan perkauman yang dimainkan oleh Umno melalui NGOnya terhadap Pakatan.

Terbukti pilihan raya kecil ini memberikan pengajaran besar kepada Umno bahawa sentimen perkauman tidak boleh menyelamatkan BN. Ia hanya untuk kepentingan peribadi Umno sahaja. Ini kerana, ketika Umno memainkan sentimen perkauman, parti-parti komponen BN yang mengalami masalahnya.

Selain peningkatan sokongan Melayu, pengundi Cina juga menambahkan sokongan mereka kepada DAP. Kalau diambil sampel di kawasan pilihan raya Rejang Park iaitu kawasan pengundi Cina, undi untuk DAP meningkat sebanyak 25%.

DAP hanya kurang undi mereka di kawasan majoriti Iban namun penurunannya tidaklah ketara sangat iaitu 12% sahaja. Mungkin ini adalah kesan dari kongkongan yang dibuat oleh petugas BN di kawasan pilihan raya ini. Para pemimpin DAP sejak beberapa hari lalu membuat laporan petugas mereka disekat dari memasuki rumah-rumah panjang tempat tinggal pengundi Iban.

Mengulas keputusan itu juga, Jeniri Amir, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu membayangkan kebencian kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau berkata, rakyat muak dengan dengan Taib yang melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa di negeri itu.

Menjelang pilihan raya kecil Sibu ini, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, PKR bermakna Parti Kian Runtuh. Namun, belum sempat keputusan pilihan raya Sibu diumumkan secara rasmi, Muhyidin sudah 'lari malam' terbang pulang ke Kuala Lumpur selepas sedar pengundi Sibu menolak BN. Calon BN, Robert Lau Hui Yew kalah dalam pilihan raya kecil ini. BN kalah 398 undi walaupun dalam pilihan raya lalu calon BN, Robet Lau menang dengan majoriti lebih 3200 undi.SUMBER

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi