Rabu, 19 Mei 2010

Pendokong Assobiyah Celaka di Padang Mahsyar


"
Hidup Melayu... Takkan hilang Melayu di dunia... Jangan cabar hak Melayu... Inilah antara propaganda dan modal lapuk UMNO nak perbodohkan bangsanya sendiri. Dah 52 tahun Melayu lena dek 'dendangan lagu' UMNO ni sehingga tak sedar tanah orang Melayu kat Johor hanya tinggal 11% je......Islam tak pernah mengajar kita berjuang atas dasar kebangsaan (Assobiyah). Malah Rasulullah S.A.W. sendiri pernah bersabda Barangsiapa yang berjuang atas dasar Assobiyah (kebangsaan), mereka bukan di kalangan kami.

Rasulullah tidak akan mengakui kita sebagai umatnya jika terlibat dan menyokong perjuangan sedemikian.

Kalau dah Nabi kita sendiri tidak mengiktiraf perjuangan atas dasar bangsa ini, maka apa bodohnya kita yang Islam ni boleh terlibat, terpengaruh dan menyokong perjuangan sesat bawaan UMNO ni. Kalau dah tak diakui sebagai umatnya, pendek kata celakalah nasib kita di Padang Mahsyar kelak. Tak merasalah nak meneguk air dari telaga Rasulullah (Telaga Kautsar). Barangsiapa yang dapat meminum air telaga ini, nescaya tidak akan kehausan buat selamanya.

Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya' (21) : ayat 107;

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Dalam ayat ini begitu jelas bahawa Rasulullah diutus oleh Allah bukan saja untuk seluruh umat manusia malah seisi alam ini. Bermakna, dalam konteks manusia, Rasulullah diutus kepada seluruh umat akhir zaman tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Yang dinilai oleh Allah adalah darjah keimanan dan ketaqwaan masing-masing.

Dan Islam telah disempurnakan oleh Allah di tangan Baginda sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Maidah (5) : ayat 3;

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

.......Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Dan kita sendiri telah diperintahkan oleh Allah dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Dalam ayat ini, bolehlah kita fahami bahawa Islam seseorang itu akan diterima oleh Allah bila mana kita mematuhi segala isi kandungan Al-Qur'an dan Sunnah.

Dan dalam Surah Ali-Imran (3) : ayat 102;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Dalam ayat ini pula, Allah SWT memberikan peringatan kepada kita semua agar beriman dan bertaqwa kepada-Nya dengan sebenar-benarnya, semuga kita selamat di Akhirat (mati dalam Islam).

Apakah tuntutan kalimah Tauhid yang bermaksud Tiada Tuhan Melainkan Allah

Bila mana kita telah memperakui dan menyakini bahawa Allah itu Tuhan kita, maka dengan sendirinya kita wajib mengimani dan menyakini dengan sebenar-benarnya hanya sistem Islam yang kita terima termasuklah di sudut politik, negara, ekonomi, hidup, masyarakat, perniagaan, antarabangsa dan segala-galanya ikut acuan Allah.

Yang lain daripada Islam, kita wajib menolaknya tanpa tolak-ansur.

Dah terlampau banyak bukti yang terpampang di depan mata kita semua betapa gagalnya UMNO yang mengambil sistem ciptaan manusia (sekularisma) dalam pemerintahan negara selama 52 tahun. Kegagalan di segenap sudut. Lihat saja apa yang berlaku dalam negara mutakhir ini. Sangat mengaibkan malah diketawakan di peringkat antarabangsa. Altantuya dibunuh, kapal selam Scorpene takde sistem persenjataan, enjin jet hilang, indeks rasuah negara semakin jatuh menjunam dari kedudukan 47 kepada 50, sistem kehakiman buruk dan pelbagai imej buruk Malaysia di bawah UMNO celaka.

Para pelabur asing semakin hilang keyakinan dengan Malaysia. Sudah tiada jaminan keselamatan bagi pelaburan mereka. Kalau kerajaan UMNO/BN sendiri boleh mengkhianati perjanjian yang dibuat sendiri dalam isu royalti minyak melibatkan Terengganu dan Kelantan, maka sudah tentu para pelabur asing merasakan adalah tidak mustahil mereka juga boleh dikhianati oleh kerajaan 'iblis' UMNO/BN.

Ekoran kejelekan sistem yang ada, UBS Swiss melaporkan lebih daripada USD100 bilion pelaburan telah dibawa keluar dari Malaysia tahun lepas. Dan hari ini Malaysia berada pada kedudukan terbawah dari segi pelaburan masuk berbanding negara anggota Asean yang lain. Lebih memalukan kalah dengan Veitnam.

Sentimen perkauman yang menjadi permainan UMNO selama ini telah menjadi punca wujudnya perasaan syak wasangka antara kaum-kaum dalam negara. Hanya rakyat yang celik hati saja boleh terlepas dari pengaruh sentimen sempit dan jahat UMNO ni. Dan hari ini sekali lagi UMNO memukul gendang 'perkauman' ini bagi mengembalikan semula sokongan Melayu/Bumiputera kepada parti hapraq itu yang sedang menuju sakaratulmaut.

Malangnya sentimen perkauman ini turut menjangkiti beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat, khsusunya dari PKR. Dalam konteks ini, Anwar Ibrahim telah gagal dalam menjaga anak buahnya. Sebagaimana yang pernah saya sebutkan sebelum ini, PKR akan senasib dengan Semangat 46. Khabarnya Ezam Md Nor yang baru dilantik sebagai Senator telah diberi tugas oleh Najib untuk memujuk seberapa ramai MP dan ADUN dari PKR agar kembali kepada UMNO. Saya berpendapat mungkin Ezam akan berjaya dalam tugas ini walaupun bukan 100%.

Waima apa pun, saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar kembali kepada Islam sepenuhnya. Bersegeralah meninggalkan UMNO yang terbukti berfahaman sesat sekular Kristian. Menyokong UMNO bermakna redha dengan fahaman yang memisahkan agama dengan politik. Redha dengan kufur, maka kafirlah jadinya.

Renungkanlah firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 256 - 257 ;

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Toghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

Jazakallah.sumber

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ahahahaha..apa komen perkasa?

tapi umno ni ada trick..dia leh kata mereka perjuangkan melayu dan Islam..tu yang syok tu.. ahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi