Sinar Harian walaupun dilihat agak bebas sejak kebelakangan ini, perlu bertanggungjawab terhadap sebarang percetakkan mereka. Jangan sembrono je siarkan sesuatu rencana yang penuh dengan fitnah dan hasutan perkauman..ini rencana fitnah yang telah ditulis oleh penulis Tan Melaka.,.
Salahkan halalkan yang gagal dibasmi
Oleh - Tan Melaka
Ramai yang tidak tahu apabila Lee Kuan Yew (LKY ) menghalalkan kasino di Singapura, generasi muda menentangnya. Tetapi LKY terpaksa membelakangkan idealisme moral dan mengutamakan dinamisme ekonomi global Singapura.
.....
Dalam menentang langkah kerajaan mahu memberikan lesen pertaruhan perjudian kepada Berjaya, Pas adalah ibarat ayam yang berkokok berderai-derai tetapi ekornya bergelumang dengan najis.
Dalam soal perjudian ini dari awal lagi sikap Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) adalah pragmatik. Perdana Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Timbalannya Tun Abdul Razak lebih pragmatik dan dinamik dari LKY. Ketika LKY bersaing dengan golongan komunis di Singapura yang mementingkan moral, Singapura mengharamkan kebudayaan kuning seperti pelacuran, tarian bogel dan sebarang perjudian. Tetapi Malaysia membenarkan pembukaan Kasino di Genting Highlands dan juga melesenkan judi tikam ekor.
Dalam pengeluaran lesen Kasino Tunku telah memberikan alasan jika perjudian terus diharamkan maka akan menggalakkan lebih banyak pertaruhan haram terutamanya judi tikam ekor dan dengan melesenkannya maka perjudian haram dapat dikurangkan dan kerajaan mendapat cukainya.
Malah Tunku lebih terbuka dan lebih berani dalam menentang bantahan dari orang Islam terutama Pas yang membantah Loteri Kebajikan Masyarakat. Beliau menyatakan hasil jualan tiket loteri itu akan digunakan untuk pembinaan masjid dan surau dan beliau sanggup menanggung dosanya. Suatu seminar ulama diadakan bagi merasionalisasikan sikap orang Islam terhadap penggunaan wang loteri itu untuk kerja-kerja kebajikan.
..........
Di Malaysia langkah terbaru kerajaan memberikan lesen perjudian Piala Bola Sepak Dunia telah juga menerima bantahan terutama dari Pas yang sejak zaman Tunku lagi menentangnya tetapi tentangan PAS kali ini dilihat bersifat hipokrasi kerana jika bangsa dan maruah agama pun sanggup dijual maka apalah ertinya penentangan Pas terhadap perjudian kecuali untuk menutup mata pengikut pengikutnya yang fanatik tentang kenajisannya sekarang dan mengelirukan seluruh umat Islam di negara ini.
Parti ini pura-pura menentang perjudian tetapi bersekongkol dengan parti yang ADUNnya bertelanjang dan juga berketuakan pengamal homosekual malah, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz menganggap perbuatan telanjang seorang ADUN Selangor sebagai hak individu.
Kita telah pasti bahawa perjudian haram bola sepak pastinya tidak akan dapat dihapuskan sama sekali di zaman dunia dikuasai oleh Internet ini tetapi apakah salah jika sekiranya dikuatkuasakan mekanisme yang boleh mengurangkan operasi judi haram itu. Mana yang lebih baik membenarkan dengan kawalan dengan membiarkannya bermaharajalela tanpa dilesenkan yang akan menyebabkan rakyat terdedah kepada penipuan dan penyelewengan dan menggalakkan rasuah yang lebih besar di kalangan pihak yang berkuasa; polis dan sebagainya.
Tidak melesenkannya bererti kita membiarkannya tanpa kawalan dan adalah mustahil bagi pihak polis yang terbeban dengan berbagai jenayah akan dikerahkan pula untuk menjalankan operasi judi haram.
.......
Harus disedari negara ini bukan hanya didiami oleh orang Islam maka itu kesempatan harus digunakan untuk mencari wang dari orang bukan Islam dengan menghalalkan apa yang halal bagi mereka. Umpamanya kita memberikan lesen menjual daging babi di tempat yang khusus. Jika orang Islam nak makan juga maka makanlah.
Wang haram dari perjudian itu bolehlah digunakan untuk membantu masyarakat Cina terutamanya Sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang merupakan benteng kebudayaan Cina. Perjudian adalah sebahagian dari budaya Cina yang sangat dicintai oleh masyarakatnya. (baca penuh)
Nah..Sinar dah melampau...ini ringkasan ayat fitnah yang dikeluarkan akhbar itu...
1.
Parti ini pura-pura menentang perjudian tetapi bersekongkol dengan parti yang ADUNnya bertelanjang dan juga berketuakan pengamal homosekual2. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz menganggap perbuatan telanjang seorang ADUN Selangor sebagai hak individu.
Tentulah akhbar itu nak gambarkan bahawa ketua yang amalkan homoseksual adalah Datuk Seri Anwar dan Adun bertelanjang adalah Elizabeth Wong..bahkan paling hina, akhbar ini turut mengheret nama tok guru aziz.
Ini sudah dikira fitnah,,jatuhkan kredibiliti dan maruah seseorang..orang awam boleh faham apabila baca rencana ini.
Buat pemimpin PR, pergilah report polis dan saman akhbar ini..macam Anwar saman mahathir yang kata beliau peliwat. Walaupun dilihat bebas, tapi mereka siarkan berita fitnah..dulu fitnah Nizar dan Farid Ravi Abdullah kononnya calon BN di Hulu Selangor, sekarang fitnah Anwar dan Nik Aziz..jom ajar sikit akhbar ini.
Dan lebih malang, ayat " Harus disedari negara ini bukan hanya didiami oleh orang Islam maka itu kesempatan harus digunakan untuk mencari wang dari orang bukan Islam dengan menghalalkan apa yang halal bagi mereka. Umpamanya kita memberikan lesen menjual daging babi di tempat yang khusus. Jika orang Islam nak makan juga maka makanlah" jelas menghina islam dan tidak bertanggungjawab..kalaulah akhbar ini diterbitkan di Indonesia, sudah pasti akhbar ini sudah dibakar..jom kita semua desak akhbar ini dikenakan tindakan, jangan biarkan akhbar fitnah berada di pasaran.
1 ulasan:
Nama Baru Sinar Harian..Sinar Meroyan..Salam perjuangan mohon linkkan blog ana http://karatijau.blogspot.com
Catat Ulasan