Selasa, 9 Ogos 2011

Apa daa...Negeri maju tapi surau tiada....


Kesian, kesian, kesian orang Melaka ya, negeri majulah katakan. Surau pun canggih, guna khemah untuk solat terutama solat Tarawaih pada bulan Ramadhan ini. Sabarlah ye , orang Melaka ye. Mana pergi duit zakat? JAKIM (JAmil KhIr baharoM agaknya) mungkin kata ini kes terpencil juga seperti laporan di bawah.

Orang Melaka tahu tak kisah benar bagaimana Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina? Nak tahu ceritanya sila baca laporan pada pautan berikuthttp://amkns.blogspot.com

SOLAT DALAM KHEMAH KANVAS


Melaka 8 Ogos 2011 : Akibat ketiadaan surau, penduduk Taman Seri Putih di Bukit Rambai, dekat sini, terpaksa menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan ini di khemah kanvas yang didirikan sementara di taman permainan kawasan perumahan berkenaan.

Tinjauan, mendapati jemaah lelaki menunaikan solat dengan hanya berlantaikan papan, manakala wanita termasuk kanak-kanak pula berlapikkan kain kanvas. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Putih atau juga dikenali Taman Bukit Rambai Seksyen 2, Rasul Muhamad, berkata pihaknya terpaksa menggunakan khemah sementara itu kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Katanya, sebelum ini pihaknya ada mengemukakan permohonan untuk membina sebuah madrasah kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ, namun sehingga kini tidak menerima jawapan.

“Kami mengemukakan permohonan itu pada 2008, namun sehingga kini tiada jawapan,” katanya sambil melahirkan rasa kesal kerana terpaksa berdepan situasi itu bersama penduduk taman berkenaan sepanjang Ramadan ini.

“Sekarang ini kami buntu dan berharap jalan penyelesaian segera dapat diambil. Sekiranya tiada juga, bermakna kami akan terus bersolat tarawih di khemah sementara ini pada setiap tahun,” katanya.

Seorang penduduk taman ini, Saripah Talip, 37, berharap isu pembinaan surau atau madrasah di kawasan itu dapat diselesaikan segera bagi memastikan umat Islam di situ dapat beribadah dengan selesa.

“Sekarang ini kami sepakat untuk sama-sama menyumbang bagi melengkapkan kekurangan di sini seperti khemah, bekalan air dan juga elektrik bagi membolehkan penduduk mempunyai tempat untuk solat berjemaah sekali gus menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna,” katanya. www.bharian.com.my

KES LUAR BIASA DAN TERPENCIL - JAKIM

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Dakwaan bahawa Baitulmal gagal berfungsi sehingga ada di kalangan umat Islam mendekati gereja untuk memperoleh bantuan adalah tidak benar sama sekali kerana badan itu sentiasa prihatin terhadap kebajikan ummah menerusi 28 skim bantuannya. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, agak mustahil bagi Jakim untuk terlepas pandang keluarga terlibat memandangkan pihaknya kini menggunakan sistem bersepadu dan seragam dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).www.utusan.com.my

MEREKA YANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN DIMINTA DATANG TERUS KE JKM - SHAHRIZAT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru mereka yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mendapat pembelaan, agar datang terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan. Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa ada NGO berselindung atas nama kebajikan, aktif membantu warga miskin dan ibu tunggal Islam, sebelum memesongkan akidah mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi