Isnin, 8 Ogos 2011

Penyakit UMNO telah berjangkit pada MCA ..HA HA HA

Soi Lek: DAP cetus perbahanan Cina menentang Cina


Dalam hal ini, Soi Lek menyelar strategi DAP yang didakwanya mencetuskan perbalahan Cina menentang Cina terhadap MCA untuk memenangi hati dan fikiran rakyat.

Tiada cara untuk wujud 'small China' di Malaysia kerana ia bukan sesuatu yang baik untuk negara, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata MCA menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan apa yang ia ingin lihat ialah kesederhanaan, bukan saja toleransi tetapi juga penerimaan hakikat bahawa ini adalah sebuah negara berbilang kaum.

Dalam hal ini, Soi Lek menyelar strategi DAP mencetuskan perbalahan Cina menentang Cina terhadap MCA untuk memenangi hati dan fikiran rakyat.

"Oleh kerana DAP bukan parti memerintah, mereka boleh menimbulkan ekpektasi masyarakat Cina...mereka timbulkan ini dalam erti jika mereka berkuasa mereka akan membina lebih banyak sekolah dan lebih menjaga masyarakat Cina.

"Ini mengelirukan kerana DAP, dengan bersendirian, tidak akan dapat membentuk kerajaan.

"Sebabnya mudah, mereka hanya tumpukan perhatian kepada kerusi Cina sedangkan bilangan kerusi majoriti Cina di Parlimen paling banyak 45, daripada sejumlah 222 kerusi (yang dipertaruhkan).

"Jadi, DAP perlu bergabung dengan parti lain yang bergantung pada sokongan kaum lain. Dalam hal ini, mereka memilih PAS dan PKR, jadi apa yang dijanjikan oleh DAP jika mereka berkuasa akan 'serap' kerana parti komponen lain perlu menjaga kepentingan kaum lain," katanya dalam sidang akhbar sempena Konvensyen MCA Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Soi Lek berkata BN bukanlah sempurna sepenuhnya tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang melakukan yang terbaik untuk mentransformasi ekonomi dan rakyat Sabah perlu menyokong inisiatif ini.

Beliau menggesa semua 25 bahagian MCA di Sabah supaya bersiap sedia bagi membantu parti-parti komponen BN memenangi pilihan
raya umum akan datang.

"Di Sabah, bilangan anggota MCA terus bertambah dan hari ini kita mempunyai kira-kira 60,000 anggota dengan satu kerusi negeri.

"Kita tidak akan bincangkan soal peruntukan kerusi secara terbuka, kita serahkan kepada kebijaksanaan perdana menteri dan ketua menteri Sabah, sebab pada akhirnya kita mesti memenangi pilihan raya umum ini, jadi peruntukan kerusi akan berdasarkan pada parti dan calon yang boleh menang," ujarnya.

- Bernama


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi