Ahad, 14 Ogos 2011

Melayu Dikebumi Cara Budha


KANGAR: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam memutuskan mayat warga emas berketurunan Melayu dikenali Selimah Mat dikebumikan mengikut amalan Buddha selepas mendapati si mati tidak lagi mengamalkan ajaran Islam selepas berkahwin sejak 62 tahun lalu.

Mengikut laporan, Selimah, 78, adalah berketurunan Melayu berdasarkan identiti pada kad pengenalannya yang beragama Islam. Identitinya itu dikesan apabila anak lelakinya, Aisok a/l Elan, membuat laporan polis mengenai kematian ibunya di Balai Polis Mata Ayer, dekat sini, 12 Jun lalu.

Selimah dari Kampung Panggas, Chuping, dekat sini dikatakan dibawa lari ke Thailand dan berkahwin dengan seorang lelaki Thai berketurunan Buddha dikenali sebagai Elan ketika berusia 16 tahun serta menetap di negara jiran.
Bagaimanapun, si mati dikatakan pulang semula ke kampung halaman suaminya di Kampung Guar Musang, di sini dengan membawa pulang seorang anak perempuan berusia tiga tahun pada 1954 lalu.

Pasangan itu mempunyai dua anak iaitu Aisok, 53 dan seorang perempuan berusia 58 tahun.

Hakim Mahkamah Syariah, Zaini Abdul Rahim, menyatakan mahkamah berpuas hati dengan keterangan daripada pihak Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) berhubung status si mati yang sudah tidak mengamalkan ajaran Islam dan membenarkan pengebumian mayat wanita itu dilakukan mengikut amalan Buddha.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi