Selasa, 9 Ogos 2011

Sanggup Tunggu Lama Demi Roti John Titiwangsa


KUALA LUMPUR: Sebuah gerai 'roti john' di Bazar Ramadan Datuk Keramat di sini, bukan saja laris tetapi juga semakin popular pada kalangan pengunjung bazar.

Sekalipun bersaing dengan empat lagi gerai yang menjual juadah serupa, Roti John Titiwangsa yang dikendalikan Mohd Amri Osman jelas tidak menghadapi masalah
pelanggan yang sanggup berbaris panjang.


Roti john yang merupakan roti sandwic telur dadar dengan daging cincang menjadi hidangan ringan yang semakin digemari rakyat negara ini.

Tinjauan Bernama di bazar itu mendapati walaupun waktu berbuka tidak sampai setengah jam, barisan pelanggan di gerai Amri masih panjang dan masing-masing sabar menunggu giliran.


Kebanyakan mereka sudah biasa membeli roti john di gerai itu, namun pelanggan baru juga kian bertambah hasil cerita dari mulut ke mulut. -Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi