
Keputusan itu dibuat berikutan artikel yang diterbitkan oleh Mingguan Watan pada edisi 21- 27 Disember 2008 yang bertajuk 'Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK' yang didakwa memfitnah ketiga-tiga pemimpin itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, Husam berkata artikel itu mendakwa “Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan mengalami kerugian puluhan juta ringgit akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin PAS Kelantan yang menjadi ahli lembaga pengarah PKINK.
“Kerugian bernilai RM21 juta itu berlaku dipercayai kerana penyalahgunaan kuasa di kalangan pihak pengurusan PKINK dalam urusan pentadbiran dan pengurusan projek anak syarikatnya Kelstone Sdn Bhd,” petik artikel itu.

Menurut Husam (kiri), berikutan penyiaran berita berunsur fitnah tersebut Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Mohd Sabri Abdullah telah menghantar surat dan memberi notis untuk membolehkan Mingguan Watan memohon maaf.
Bagaimanapun akhbar berkenaan pada edisi bertarikh 4-10 Januari 2010 telah menyiarkan bahawa pihaknya tidak perlu memohon maaf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan