Khamis, 18 Ogos 2011

Lawak Hina Islam : Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak?


"Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.



Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja. sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi