Sabtu, 13 Ogos 2011

Pergggh banyak betul aduan status mengundi ..SPR terus defensif

WALAUPUN momentum yang menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat http://maidoali.files.wordpress.com/2011/06/ic.jpg?w=300&h=202terus kekal sejak Himpunan Bersih 2.0, masih tetap ada kebimbangan di sana sini yang perlu diberi perhatian.

Yang paling membimbangkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini ialah berita-berita di sana sini yang mendakwa ada para pendatang yang mendapat status sebagai warganegara dan terus menjadi pengundi. Ini sesuatu yang berbahaya dan sama sekali tidak dapat diterima.



Selain itu, penambahan pengundi dari luar dengan tibatiba, atau pengundi ‘import’ di sesuatu kawasan pilihan raya dan pelbagai lagi. Setakat ini pihak SPR belum lagi memberikan penjelasan bagaimana hal ini boleh terjadi.

Berita-berita yang sangat membimbangkan ini berlaku ketika tidak lama lagi PRU ke-13 sangat hampir. Dalam masa yang sama tuntutan Bersih 2.0 belum menerima jawapan yang konkrit daripada pihak kerajaan, khususnya Suruhan Pilihan Raya (SPR).

Dalam keadaan begini bagaimanakah rakyat boleh yakin bahawa pilihan raya umum akan datang – seperti juga pilihan raya yang lalu - akan berjalan dengan bersih, telus dan demokratik? Dengan apa yang berlaku ini, yang dilihat segalanya berjalan penuh rahsia dan sulit, menyebabkan wujud persepsi umum bahawa pilihan raya akan datang juga jauh daripada bersih dan tidak boleh diharapkan.

Itu belum lagi dengan tuntutan lapan perkara dari Bersih 2.0 yang kini ‘tergantung’ begitu saja. Lidah tidak bertulang berdolak-dalik, memberikan pelbagai jawapan yang negatif. Kita bimbang, lama kelamaan tuntutan Bersih 2.0 itu beransur-ansur dilupakan dan ini memang diharapkan oleh pihak tertentu supaya pelaksanaan pilihan raya akan terus begini keadaannya.

Sementara itu perlu diingat bahawa menurut kajian, dua pertiga daripada 222 kerusi Parlimen terletak di kawasan luar bandar, lebih 50 peratus pengundi berdaftar di negara ini tinggal di bandar.

Ertinya, kawasan luar bandar masih sangat perlu diberikan perhatian oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS, yang dijangka bertanding banyak di kawasan tersebut di samping kawasan bandar dan semi bandar.

Ada pendapat mengatakan bahawa momentum Bersih 2.0 banyak berada di dalam bandar saja, sedikit-sedikit di kawasan semi bandar. Justeru, isu Bersih 2.0, kononnya hanya isu Lembah Klang, bukan isu nasional keseluruhannya.

Walaupun pendapat ini tidak benar, wajar kita memberikan perhatian. Maknanya momentum Bersih 2.0 ini perlu dibina secara menyeluruh dari Perlis ke Johor dan juga ke Sabah dan Sarawak.

Pendukung Pakatan Rakyat sangat perlu menerangkan isu ini sejelasjelasnya kepada rakyat baik di luar bandar mahupun di dalam bandar.

Perlu dingat, memenangi hati pengundi di Sabah dan Sarawak sangat penting dalam usaha Pakatan Rakyat hendak memenangi PRU ke- 13 untuk sampai ke Putrajaya. Oleh itu, momentum Bersih 2.0 juga sangat perlu diteruskan di dua negeri itu.

Sementara itu sangat wajar usaha Pakatan Rakyat hendak membekalkan beribu-ribu VCD dan bahan-bahan penerangan mengenai Bersih 2.0 kepada mereka yang hendak pulang berhari raya di kampung untuk disebarkan di sana bagi memberikan penerangan sebenarnya senarion politik yang berlaku sekarang.

Selama ini rakyat luar bandar mungkin mendapat maklumat daripada media yang dikuasai parti pemerintah saja, menyebabkan hal sebenar yang berlaku di ibu negara 9 Julai lalu tidak diketahui oleh mereka.

Bagaimanapun, tidak semua rakyat di luar bandar ini hanya mendapat maklumat daripada TV, radio dan akhbar yang dikuasai Umno-BN. Ini kerana sudah ramai anak-anak muda di luar bandar menggunakan internet dan mendapat maklumat melalui YouTube, blog, web-site, twitter, Facebook dan sebagai.

Ini bermakna sebahagian rakyat luar bandar, khususnya generasi muda, mendapat maklumat bukan daripada saluran media tradisional.

Dalam hal ini usaha Pakatan Rakyat membekalkan CD dan akhbar alternatif serta bahanbahan maklumat lain masih sangat diperlukan supaya maklumat tersebut dapat diketahui secara meluas.

Bagaimanapun saya tertarik dengan kenyataan Naib Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar yang menegaskan bahawa pemimpin politik perlu menyedari hakikat bahawa isu-isu asas masih kekal prominen, walaupun optimis dengan peningkatan penyertaan orang awam seperti yang dilihat pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

Isu-isu global, katanya, seperti keadaan ekonomi yang semakin buruk akan memberi kesan kepada Malaysia, terutama kepada rakyat, di samping isu lain.

Kepada saya isu kenaikan harga barang keperluan harian yang sangat menekan kehidupan rakyat akan memberi kesan kepada PRU ke-13 nanti. Isu ini adalah ‘isu hidup mati’ rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah.

Walaupun kerajaan Umno- BN sudah mula memberikan wang dan sebagainya kepada rakyat luar bandar, khususnya kepada warga Felda, ada berjutajuta lagi rakyat miskin yang tidak mendapat perhatian sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Keluhan pemandu teksi, pekebun kecil, keluhan nelayan kecil, keluhan peniaga kecil di tepi jalan, buruh kasar mengenai belanja hidup yang melambung tinggi dijangka memberi kesan dalam PRU ke-13 nanti. Rakyat yang tidak tahan lagi dengan kenaikan harga barang dijangka akan menterjemahkan kekecewaan mereka melalui peti undi dalam pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Bridget Welsh, seorang profesor bersekutu dalam bidang sains politik di Universiti Pengurusan Singapura pula percaya bahawa keputusan pemilihan yang akan datang, akan ditentukan oleh golongan atas pagar, yang beliau anggarkan kira-kira 40 peratus daripada pengundi berdaftar.

Beliau berkata, ia juga akan bergantung kepada trend mengundi di kalangan pengundi Melayu dan India dan juga trend di Sabah dan Sarawak - yang dianggap sebagai 'deposit tetap' BN.

Welsh juga menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya, yang menurutnya, tidak memberi peluang yang sama rata untuk pengundi berdaftar menjalankan hak-hak mereka.

Dalam perkembangan terkini, anggota Parlimen Pakatan Rakyat menuntut Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkang isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara ‘khianat’ itu ‘mengancam keselamatan dan kedaulatan negara’.

"Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya," katanya dalam sidang akhbar bersama ahli Parlimen Pakatan di di Ibu pejabat Pakatan di Petaling Jaya beberapa hari lalu.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi