Sabtu, 6 Ogos 2011

Pasaran saham dunia menjunam teruk

Pasaran saham dunia menjunam teruk



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Pasaran saham antarabangsa menjunam sejak kelmarin sekali gus kejatuhan terbesar sejak dunia dilanda krisis kewangan yang teruk tiga tahun lalu.

Perkembangan tersebut menyebabkan suasana panik menular di pusat-pusat kewangan global dan mencetuskan kebimbangan bahawa kemelesetan dunia baharu akan berlaku.

Setakat kelmarin, indeks FTSE Britain yang merupakan antara bursa saham utama dunia, mencatat kejatuhan sebanyak £50 bilion (RM245 bilion) dengan kerugian keseluruhan sejak seminggu lalu mencecah £125 bilion (RM612.4 bilion).

Nasib sama menimpa indeks Dow Jones di AS kelmarin apabila ia menyusut sebanyak 4.31 peratus iaitu yang terbesar sejak 2008 dan kejatuhan kesembilan dalam tempoh cuma 10 hari.

Kejatuhan bursa-bursa saham utama dunia itu didorong kegagalan para pemimpin Eropah dalam menangani krisis hutang beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) yang menyebabkan mata wang Euro lumpuh.

Terdapat juga kebimbangan bahawa ekonomi gergasi AS akan mengalami kemelesetan yang akan membawa kepada kemelesetan ekonomi di seluruh dunia.

"Kita melihat para pelabur kini hilang keyakinan dalam ekonomi semasa, hilang keyakinan dalam pasaran," kata seorang pakar ekonomi AS, Hugh Johnson.

Selain tanda-tanda ekonomi AS dan global semakin lemah, petanda negatif turut membabitkan Sepanyol dan Itali apabila nilai bon kedua-kedua negara merosot dengan teruk.

Perkembangan itu dibimbangi akan menyebabkan ekonomi Itali dan Sepanyol di ambang muflis seperti yang berlaku kepada tiga negara EU sebelum ini iaitu Greece, Ireland dan Portugal.

Sementara itu, pasaran saham Asia turut menjunam teruk semalam susulan kejatuhan yang dialami bursa-bursa saham AS dan Eropah.

Bursa saham Taipei mengalami kejatuhan terbesar semalam iaitu sebanyak 5.58 peratus atau 464.14 mata atau diikuti bursa Sydney sebanyak 4 peratus atau 171.1 mata manakala bursa Tokyo dan Shanghai masing-masing merosot 3.72 peratus dan 1.68 peratus. - Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi