PAS Selangor mengemukakan sebanyak 1,860 bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Selangor (SPR) dalam proses bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ke-2 tahun 2011 yang berakhir semalam.
Setiausahana Mohd Khairuddin Othman (kanan) berkata, mereka menemui beberapa perkara penting, antaranya RDPT didakwa dengan sengaja tidak disertakan alamat lengkap pengundi.
"Ini menyukarkan jentera pilihanraya PAS untuk mengesan lokasi mereka-mereka yang mendaftarkan diri sebagai pengundi baru," kata Khairuddin.
Beliau juga mendakwa, rang tersebut juga disalahguna oleh pihak tertentu untuk membawa masuk pengundi yang jelas tidak berkelayakan sebagai pengundi di Selangor.
Khairuddin juga mendakwa SPR gagal memasukkan nama pengundi yang berkelayakan di dalam RDPT, yang kebanyakannya pengundi Cina.
Sementara itu, PAS awal petang tadi mendakwa mengesan 1,100 penduduk PR di Selangor yang dimasukkan ke dalam daftar pemilih layak mengundi.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzah berkata, maklumat itu mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kaedah: Jika barang itu menjadi perantara, maka tidak ada riba
5 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan