Sabtu, 13 Ogos 2011

Husam Musa :3 saman lagi menyusul ,akhbar watan dah kantoi


Kes saman yang sedang dalam perbicaraan melibatkan YB Dato’ Husam Musa sebagai plaintif yang telah bertindak menamakan Utusan Melayu (M) Berhad, Azran Fitri Rahim selaku wartawan yang menulis berita dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Kes yang telah difailakan pada tahun 2010 itu adalah ekoran daripada tersiarnya artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 22/11/2009 berkaitan isu perletakan jawatan YB Dato’ Haji Husam Musa kononya ekoran kemelut dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada masa itu.

YB Dato’ Haji Husam bertindak menyaman penulis artikel, ketua pengarang dan akhbar iaitu Utusan Melayu (M) Berhad yang telah menfitnah dan dengan niat jahat mahu menjatuhkan serta merendah-rendahkan reputasi beliau. Beliau juga berpandangan artikel itu adalah tidak berasas, palsu dan ditulis sembrono dalam maksud memberikan persepsi negatif. Saman ini juga dilakukan ekoran artikel itu dengan sengaja mahu merendahkan reputasi dan nama baik beliau.

Tuntutan saman ini boleh mensabitkan bayaran gantirugi sebanyak RM 10 juta termasuk kos tindakan. Penfailan saman ini telah dibuat oleh Tetuan Asri Musa& Co dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur dan perbicaraan masih berjalan sehingga sekarang.

Dalam kes yang sama juga YB Dato’ Haji Husam juga telah menfailakn saman kedua terhadap The New Straits Times Press (M) Bhd, dua wartawan iaitu Shuhada Elis dan Nik Imran Abdullah serta penyunting Syed Nadzri Syed Harun dan ketua penyunting Zainal Arifin Mohammed Isa.

Saman ini dibuat ekoran artikel dalam NST bertarikh 23/11/2009 berkaitan perletakan jawatan YB Dato’ Haji Husam Musa dalam Kerajaan Negeri kelantan. Artikel itu telah dengan sengaja mahu menjatuhkan dan merendah-rendahkan reputasi beliau disamping ia bersifat fitnah, tidak berasas, palsu dan ditulis secara sembrono.

Tuntutan saman ini juga boleh disabitkan bayaran gantirugi sebanyak RM 10 juta termasuk kos tindakan. Kes ini juga telah dibuat oleh Tetuan Asri Musa & Co dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Kuala Lumpur.

Saman ketiga pula telah difailkan terhadap artikel yang telah dibuat oleh seorang blogger dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com atas tajuk “Husam Dan Tamrin balun Balak Kelantan RM 15 Juta”. Ekoran artikel yang mengandungi unsur fitnah dan tidak berasas itu telah disiarkan dalam blog milik Faisal Rahban pada pertengahan tahun 2009.

Walaubagaimana pun setelah dipanggil untuk penfailan kes di mahkamah, Faisal Rahban tidak mengaku blog rbf online adalah milik beliau dan dengan segera telah membuang posting artikel tersebut dalam blog beliau. Namun rangkaian (link) melalui blog-blog lain masih mnegekalkan sumber sebagaimana dipetik daripada blog ruangbicarafaisal.

Jika benar bukan Faisal Rahban yang dipanggil dan beliau tidak mengakui pemilik dan penulis artikel fitnah tersebut, persoalannya kenapa secara tergesa-gesa artikel itu dihilangkan dari tempat asalnya setelah Faisal Rahban dipanggil ke mahkamah untuk pengesahan. Ia jelas menunjukkan sifat sebenar Faisal Rahban, pemilik blog rbf online yang mempunyai agenda menjatuhkan reputasi dan kredibiliti YB Dato’ Haji Husam Musa. Ia juga membongkarkan sikap sebenar Faisal yang tidak bertanggungjawab dan kaki fitnah.

Usaha saman masih diteruskan dan semestinya penulis kaki fitnah seperti Faisal Rahban dan yang lain-lain, yang mempunyai modus operandi yang sama iaitu fitnah dan jatuhkan reputusai ini perlu dihentikan dengan tindakan sewajarnya.

Keyakinan janji Allah bahawa mereka yang suka menabur fitnah akan diisytihar bankrap di Akhirat nanti pasti benar-benar akan berlaku. Tindakan berdepan secara undang-undang pula hanyalah usaha dakwah mengalang mereka dari terus menabur fitnah kerana nabi apabila ditanya bagaimana caranya mahu membantu mereka yang zalim. Maka jawab nabi Sallallahu Alaihi Wasallam “tegahlah mereka daripada terus melakukan kezaliman”.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi