Jumaat, 19 Ogos 2011

?Lagu 'Yes, I know Jesus loves me' Strategi Murtadkan Remaja Islam..?

Lagu 'Yes, I know Jesus loves me' Strategi Murtadkan Remaja Islam..??


Kementerian Pelajaran akan memantau perkembangan terkini berhubung dakwaan seorang murid tahun satu sebuah sekolah di Jalan Kuchai Lama di sini, yang dikatakan cuba dipengaruhi dengan ajaran Kristian.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagaimanapun pemantauan rapi perlu dilakukan oleh ibu bapa sendiri bagi mengetahui keadaan sebenar kerana aktiviti tersebut dikatakan berlaku di luar kawasan sekolah.

"Saya dimaklumkan kes ini bukan berlaku di sekolah, dikatakan berlaku di luar sekolah di mana ibu bapa mungkin telah mengambil guru-guru untuk memberi tuisyen kepada anak mereka.

"Tapi walau apapun kita akan pantau perkara itu dan lebih penting supaya ibu bapa berkenaan memantau sedekat-dekatnya.

"Kalau laporan itu disampai oleh anak mereka...perlu disiasat supaya kita dapat tahu keadaan sebenar," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai laporan Utusan Malaysia pada Rabu yang mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Lagu dinyanyikan adalah 'Yes, I know Jesus loves me' dan lagu 'Hari Ini Ku Rasa Bahagia' yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Difahamkan, murid-murid berkenaan diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar di kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi Kristian di kawasan itu.

Selain itu, Muhyiddin berkata, ibu bapa boleh melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri sekiranya mendapati wujud aktiviti seumpama itu terutamanya jika melibatkan murid sekolah.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya didapati ada pihak-pihak tertentu menjalankan aktiviti penyebaran agama lain kepada penganut agama Islam.

"Sepatutnya perkara sebegitu tidak boleh dilakukan. Kita ada undang-undang tertentu yang ada hubung kait dengan penyebaran agama-agama lain kepada masyarakat Islam," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi